Assalamualaikum..
Malam nihh tetiba ase cam nak bercerita..
sudi2lah membacanya ye..hihii
*muke tak malu nihh..
*muke tak malu nihh..
Pada zaman Rasulallah s.a.w adalah perkara biasa kalau ada seorang ayah di pihak tentera islam dan anaknya pula di pihak musuh. di dalam peperangan Badar misalnya, Saidina Abu Bakar r.a berada di pihak tentera islam tetapi anaknya sebaliknya. sewaktu perang berkecamuk, anaknya selalu mengelak dari bertembung dengan ayahnya . tidak tega hati si anak sekiranya terjadi pertarungan antara anak dengan ayahnya.
Setelah bertahun2 perang Badar berlalu, anak Abu Bakar telah memeluk Islam dan meluahkan isi hatinya, "Ayah, dalam perang Badar dahulu anakanda selalu mengelak dari bertembung denganmu, anakanda sangat sayangkan ayah walaupun kita berbeza keyakinan."
Saidina Abu Bakar pun berkata " Demi Allah, jika ayah bertemu kamu nescaya ayah tidak teragak2 untuk memancung kepalamu!"
Itulah jiwa Abu Bakar. Cintanya kepada Allah terlalu besar mengatasi kasih sayang terhadap anaknya sendiri.
Diriwayatkan juga dalam perang Badar. Abu Ubaidah r.a telah memenggal kepala ayahnya yang musyrik. Rasa cintanya kepada Allah dan Rasul tidak membenarnya meletakkan cnta kepada kekafiran, walaupun orang kafir itu ayahnya sendiri.
Allah s.w.t berfirman :
"kamu tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, saling berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang2 itu ibubapa atau anak2 atau saudara2 ataupun keluarga mereka"
( Al-Mujadalah 58:22)
( Al-Mujadalah 58:22)
so, korang renung2kanlah apa yang tersirat dan tersurat dalam cite nihh..
ASSALAMUALAIKUM..