..bye..bye.. bye..
Wednesday, December 28, 2011
Tuesday, December 20, 2011
kemuliaan seorang wanita lebih rendah dari babi??
nape tajuk entri aku hari nih?? ada ke samakan taraf wanita dengan babi.. tak patut betul.. erm.. aku ada copy from somewhere.. =) so lets read. hope we can get something from this entry.. sharing is caring kan..?? hehe
Pensyarah, tersenyum. Ditatap wajah pelajarnya itu.
Sir : Siapa bagitau awak begitu?
Babyduck : Paderi di gereja yg beritahu. seorang lelaki muslim yg ada air sembahyang, jika dia menyentuh seorang wanita, air sembahyangnya batal. Tetapi jika dia sentuh seekor babi, air sembahyangnya tak batal.
Sir : hehehehe
Pensyarah tersebut mengambil seketul ayam goreng dari pinggan yang terhidang. Lalu ayam goreng itu dicelup ke dalam cawan air berkarbonat Pepsi. Lalu ayam yang sudah dicelup air Pepsi itu diserahkan kepada pelajarnya.
Sir : Sila makan. Sedap ni taw hehehe
Babyduck : Sir! Apa ni?? Perangai macam budak-budak. Adik saya yang umur 5 tahun tu pun tak buat perangai macam ni!
Sir : Hehehehe
Pensyarah itu meletakkan semula ayam goreng ke dalam pinggan. Sambil tersenyum.
Sir : Islam meletakkan darjat seorang wanita lebih mulia dari seorang lelaki walaupun wanita tersebut bukan Islam. Sebab itu jika seorang lelaki yang ada air sembahyang menyentuh seorang wanita yang bukan ibunya atau saudara kandungnya, wudhuknya akan batal. Air sembahyang atau wudhuk adalah sesuatu yang suci. Wanita juga adalah sesuatu yang suci dan mulia. Islam meletakkan martabat seorang wanita lebih tinggi dari seorang lelaki walaupun wanita tersebut bukan Islam. Sebab itu, jika seorang lelaki menyentuh seorang wanita yang bukan ibu atau saudara kandungnya, tak kira apa jua bangsa dan agama, wudhuknya akan terbatal....... Islam menggariskan panduan pergaulan dan persentuhan antara lelaki dan wanita AGAR, perhubungan yang terjalin tidak rosak serta dapat mengekalkan kemanisan dan keindahan dalam perhubungan. Seperti juga Restoran ini menggariskan panduan pemakanan di restorannya. Panduan makanannya ialah ; Pepsi mesti diisi ke dalam cawan atau gelas dan terus diminum. Ayam goreng yang rangup sehingga menjilat jari dicecah dengan sos chili atau sos tomato, bukannya dicecah dengan air Pepsi baru dimakan. Jika kita ikut panduan pemakanan restoran, barulah kita dapat merasai nikmat pemakanan dan kelazatan makanan yang dimakan. Jika ayam goreng bersentuh atau dicecah dengan Pepsi, pastinya hilang kelazatan dan nikmat pemakanan. Kedua-dua ayam goreng dan air Pepsi adalah jenama besar di dunia sekarang. hehehehe ..... Begitu juga dalam Islam. Islam menggariskan panduan dan peraturan antara lelaki dan wanita yang halal dinikah, agar nikmat perhubungan dan keindahan dalam perhubungan dapat dirasai oleh individu tersebut. Islam menggariskan, lelaki haram menyentuh kulit seorang wanita yang halal untuk dinikahnya. Sebab Islam ingin menjaga kualiti lelaki dan wanita tu. Supaya wujud rasa nikmat dan keindahan yang berpanjangan dalam perhubungan. Cuba bayangkan, awak ada seorang boyfriend, mana-mana wanita yang dia jumpa, dia sentuh, dia pegang tangan, dia peluk, malah dicium. Apa perasaan awak ? Awak suka ?
Babyduck menggeleng-gelengkan kepala.
Sir : Begitu juga wanita-wanita lain. Sebab itu dalam Islam ada SOP, Standard Operation Procedure. SOP ini bersumberkan Al Quran dan Sunnah iaitu ajaran Nabi Muhammad SAW. Bagaimana hendak bergaul. Bagaimana hendak makan. Bagaimana hendak belajar. Bagaimana hendak musafir. Sehinggakan bagaimana hendak ke tandas pun diajar dalam Islam. Yang tidak ada dalam mana-mana agama, termasuklah Kristian.
Pensyarah berhenti membebel sebentar sambil meneguk air Pepsi ….
Sir : Dalam Islam baik lelaki mahu pun wanita, kedua-duanya ada maruah dan kemuliaan diri. Tetapi jika mereka melanggar batas panduan yang dibuat oleh Tuhan Yang Maha Pencipta iaitu ALLAH. Maka jadilah mereka seperti ayam goreng yang bersentuhan dengan air Pepsi. Ayam goreng orang tak lalu makan. Air Pepsi orang tak lalu minum.
Babyduck terkebil-kebil mendengar syarahan tak rasmi pensyarahnya di restoran makanan segera tersebut.
Sir : Satu lagi .. Saya sedih dengan paderi awak ?
Babyduck : Mengapa Sir sedih dengan paderi saya ?
Sir : Cam mana saya tak sedih. Dalam Islam, kami diajar, untuk mengukur kemuliaan diri, kita kena bandingkan diri kita dengan orang yang lebih mulia dari kita. Kalau saya seorang lelaki, jika saya hendak bandingkan kemuliaan saya, saya akan bandingkan diri saya dengan Nabi Muhammad SAW, para Sahabat Nabi seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali. Sebab mereka semua adalah mulia. Contoh termudah, jika awak ada kereta. Awak nak tahu kereta awak laju ke tak, awak akan berlumba dengan kereta BMW atau kereta Ferrari. Awak tak akan ukur kelajuan kereta awak , berlumba dengan kereta Kancil tahun 1995. Begitu juga dengan kemuliaan. Nak ukur sejauh mana kita mulia, kita kena ukur dengan orang yang lebih mulia. Tetapi, paderi yang mengajar awak agama Kristian, menjadikan seekor babi sebagai piawai perbandingan untuk mengukur kemuliaan. Sedihnya saya dengan paderi dan ajaran Kristian awak...
kotakhati: fikirkan benda positif.. setiap sesuatu yang Allah putuskan ada hikmah disebaliknya..
gonna miss my sweet home
pagi2.. aku sidai kain.. kemas umah.. kemas dapur.. cuci toilet.. kemas bilik.. masakkk.. haha.. tulah keje aku bila time cuti.. bibik kan.. haihh.. tapi tak kesah.. aku puas hati.. nanti dah balik kelantan.. pagi2.. aku tidur.. tidur.. dan tidur.. aiy0o..
kotakhati: malasnyeh nak balikkkkkkk...
Wednesday, December 14, 2011
shoutmix to cbox
weh2 korang.. shoutmix nanti kene bayarlah.. @_@ mula2 tak percaya kat diQ sebab dia cakap 'Blogwalking Your Site Shoutmix Thn Depan Berbayar tukar kepada cbox hehe' tapi after blogwalking banyak blogger post pasal benda sama.. sori diQ..
chin chan nak kiss Snecx Tan . hehe.. |
kotakhati: cbox leceh.. :'(
click plissss...
Tackle those daily activities with #MSFamily and zoom away in a Nissan Livina!
teddy besauuwww
13.12.11..
aku dapat teddy bear besaw plakk... syoknye babe.. after lulus jekk lesen kete aku.. dapat plak bear.. waaa.. taktahu cam mana nak cakap.. semalam tido lena peluk bear.. hehe
taraaaa.. nih laa teddynye.. bibo & no name.. haha.. bibo tu aku punye.. no name, angah punye.. abg aku yang bagi.. |
nih lahh bibo.. yang dengan dia tu.. bucuk aku.. hehe.. luck nama dia.. akak aku yang bagi.. :D sayang lucky & bibo ketat2.. mwahhh |
kotakhati: camne aku nak bawak balik kelantan nanti?? @_@
dah ada lesen weyhh..
holla.. apa habaq semua?? aku nak cerita pasal 13.12.11.. kiranya semalamlahkan.. :) bukan tarikh tu yang nak aku bicarakan.. but about perkara yang terjadi pada tarikh tersebut.. *skema tak ayat aku??
so.. kenapa dengan semalam?? anything happen?? yupp.. yesterday i dah dapat lesen kereta.. huhu..
aku tersangatlah seronok korang tahu.. so after this tak payah dah pening2 kepala nak pikir pasal lesen.. jadinye.. aku dah ad lesen motor & kereta.. hehe.. for anyone yang teringin nak rasa cam mana aku drive kete.. calling2 lahh ye.. HAHA.. but prepare the car.. atau korang nak sediakan kereta ambulans pun cool gakk.. ehh.. main2 jelahh.. da dapat P kan.. hopefully nothing bad will happen.. aminnnn... jap2.. korang pernah dengar tak pasal special test for kete?? alaahh.. yang bayar lebih sikit then time test nanti even korang buat mistake pun still lulus.. ermm.. korang rasakan okey ke buat special test tu?? aku rasa tak ok langsung.. tahpape lagi adalah.. tapi tahlaahh.. korang fikirlah sendiri.. ada member aku sorang nih sarankan aku untuk buat special test jekk.. sebab comform lulus.. ermm.. but see.. even i did not use tht special test.. i still lulus dengan cemerlang nye.. haha..
yang pink nih.. result for jalan raya.. 19/20..pemandu berhemah tak saya.. haha.. |
yang nih pulak.. pasal.. mendaki bukit.. parking.. & tiga penjuru tuhh.. alhamdulillah dapat gak lulus.. :D |
p/s: jom shopping.. haha..
Monday, December 12, 2011
???
Sunday, December 11, 2011
50 password yang selalu kene hack
hai korang.. entri nih pasal sape2 yg suka sangat pakai password yang senang.. konon nak senang ingatlah ekk.. hehe.. tadi sambil on9 terjumpa pulak info yang cool nih.. tu yg nak kongsi ngongsi nih.. okeylah nak start story mory nihh.. Once upon a time.. ehh silap pulak.. hehe..
Kumpulan Gnosis (1st time dengar nama tuh) pernah melancarkan serangan hacker berprofil tinggi pada rangkaian yg paling popular di dunia blog. Mereka nih mendakwa telah hack 1.3 juta password pengguna, 188,279 telah ditunjukkan kepada orang ramai. banyak gila kan..so, nih 50 password yg terlalu “lemah”. check it out.. jeng jeng jeng..
korang nampakkan.. the most users like to use password 123456.. The use of an unsafe password camtu boleh mendatangkan risiko kat owner tu sendiri.. Tak tau la sama ada diorang memang suka nombor tu..atau dorang memang taktau pasal security dalam internet.. Kalau hacker2 tu jenis baik macam Rilekscrew takpela sebab diorang ni hanya nk test-test je.. kalau yg jahat tu abis la.. maybe dorang guna akaun korang untuk wat jahat.. takut tak?? hehe so nak avoid blog ke fb ke sosial web ke dari kene hack.. janganlah guna password yg senang2.. gunakan password yg dia kata 'strong'.. contoh macam 'akudan190'.. nak hack password yg guna password gabung huruf and no. nih susah sikit.. kalau before korang baca entry nih.. korang just take easy pasal password2 nihh.. so now korang hati2 ye.. tukar2lah password tuh.. karang kene hack kang.. takke naya jek.. pikir2kanlah dan selamat beramal..
kotakhati: lagi 2hari nak test jpj lesen kete..cuak gilerRrr..
Saturday, December 10, 2011
lazy day
bored.. nothing to do..
bangun.. makan.. tengok tv.. on9..
bosan siot..
aku nak kua castelo tak bagi..
so.. apa boleh buat..
i'dont feel like doing anything..
lalalalalaaaa..
kerja rumah aku tak buat langsung..
haha..
jahatkan aku..
alaa..cuti sehari..
tulahh aku nak keluar tak bagi..
tunjuk perasaan lahh konon..hehe
kotakhati: aku malas nak taip panjang2..=.=
Friday, December 9, 2011
jom tambah follower
aku join segmen "JOM TAMBAH FOLLOWER"
niat aku join blog nih sebab nak dapat ramai kawan.. & yang penting.. dapat baca entri2 dorang yang awesome tuhh.. *adakah betul niat aku itu?? betullah kot..
kotakhati: jom joinnnnnn!!!! *betul ke entri aku nihh??
Thursday, December 8, 2011
download ombak rindu jom..
novel yang paling hot!! |
filem yang menyentuh hati & perasaan..!! |
kat situlah dia berkenalan dengan Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘beli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan nak bawa dia keluar dari neraka jahanam tu.Atas permintaan Izzah, akhirnya dia berkahwin dengan Hariz, tetapi dengan syarat semuanya dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. so.. korang tengok lah cerita nih sendiri k.. nak cerita panjang lebar tak syok laa pulakk.. apa2 pun cerita nih memang best.. terbaik woOkk..!!
haa.. aku jumpa link nih kat fb.. so.. jom lah ramai2 kita download cerita nih.. ulang sampai mata lebam un takpe.. hehe.. enjoy ur movie k..
Friday, December 2, 2011
blog gila
uwaAaaaa... blog itew dah gile.. itew dah arrange dia leklok but still gila.. itew sedih.. dan dah nak jadi gile cam blog nih gak..@_@
pesal ngan aku nihh?? kan dah cakap.. hampir dah nak gile dah nihh.. tah apalah masalah blog aku nih.. korang bayangkanlah.. blog korang dah okey dah.. tetiba gatal2 nak tukar2 itu ini.. then.. terus hancus berkecuss semuanyaa...;'( sedih sero.. sampai kat bbm kot aku tulis sal mood blog hancuss nihh 'semua hasil kerja aku hancus' haha.. kerjalah sangat.. semua member tanya lappy jem ke.. hehe.. padahal.. #apapuntakboleh.. so now maybe blog aku dah agak okey.. i think lah.. takpelah.. haa.. ada sape2 tahu macamana nak kecikkan kotak shoutbox tu?? tolonglah itewwwww... please... tengah buat muka cute nihh.. hehe.. tu je yang aku nak potpet kan..k lah bye2..
p/s: tak tengok ombak rindu lagiiiiiiiiiiiiiii...nak tengokkkkkk!!
ada sape2 nak temankan tak?? hehe
Thursday, December 1, 2011
hello december
hai december.. please be nice to me okeyh.. i love u so much december..
pejam celik pejam celik dah bulan 12.. cepatnya masa berlalu..
ermm.. ingat tw 27 dec nanti aku nak hadiah.. hehe.. buat muka tak malu nihh..
kalau tak de hadiah wish pun dah okeyh.. hehe..
so aku harap it'll be a good finish of year..
aminnn..
p/s : jom tengok ombak rindu ramai2.. (:
Wednesday, November 30, 2011
tutti frutti??
Gah kan nama tuh.. haha.. korang tahu tak tutti frutti tu apa?? ayat berlagak sikit..hehe.. okeylah.. mesti taktahu kan.. sebab tuh nak baca entri nih..>_<
tutti frutti nihh asal dari itali yang bermaksud buah-buahan.. tutti frutti nih dia hasilkan buah-buahan nih jadi ice cream / yogurt.. so sape2 yang nak diet.. memang sesuai.. bagi sape2 yang tak pernah try lagi.. try laa.. nanti pekerja kat situ akan ajar korang camne nak guna mesin dia.. ada flavour anggur, mangga, epal hijau, pisang, coklat dan badam. pastu dorang ada toppings yang macam2.. tu yang buat tutti frutti lagi sedap.. tapi jangan banyak sangat tambah accessoriesnye.. nanti kang.. hehe.. haa.. jangan lupa bawa kad pelajar taw.. nanti boleh dapat diskaun 10%.. dapatlah jimat sikit.. bagi sape2 yang sengkek cam aku lahh.. hehe..
bagi sape2 yang tak suka.. janganlah try.. nanti jadi macam aku..tak habis..haihh.. nasib my castelo yang belanja.. thanks abah.. hehe.. bayangkan.. boleh habis nak dekat RM50.. haiyoo.. mati kome.. yogurt kan rasa dia masam2.. so tak sesuai dengan tekak nih haa.. so beware k.. nanti tak pasal2 membazir..
................................................. |
#kotak hati: time aku pergi tutti frutti tu dengan adq aku..angah & haikal..
pakai tracksuit jekk..
semua customer dalam tutti frutti tuh pandang pelikk..
tahpape.. cam laa kitorang nih takde duit..
#wordless wednesday
means?? lu pikir laa sendiri.. hehe
Tuesday, November 29, 2011
lego
hey korang.. korang ingat tak kat game yang susun2 time kecik dulu..
alaa.. lego.. korang ingat takk?? hehe
hari nih hujan kuat gila.. plus ngan petir bagai..
so aku takde wt pe asik ngan BB aku lahh..
tetiba haikal, adq aku yang last dia kua kan lego tuh..
then ajak aku main pulakk.. aku pun apa lagi..
layan jela.. sekali sekala layan game time budak2 okeyh pe..
korang try laa.. comfom syok ma..
bukan main tekun lagi kitorang wt lego tuh..
kadang2 bila kita men lego nih..
kita boleh berangan jadi arkitek jap..
hehe
ini la lego :) |
nih pulak lego kapal yang kami da siapkan.. hehe.. sori pic hodoh.. |
Monday, November 28, 2011
jarum patah?? alamakkk..
ayOokk... sape yang buat jarum tu patah haaa..
the answer is aku ngan adeq aku.. aiyoo..
sebenarnya cite dia cmni..
dalam suasana petang yang harmoni dan mendamaikan..
sedang aku asyik membaca novel bertajuk 'syurga kasih di kaki pelangi'
tetiba adq aku mengutarakan idea dia.. choiii.. spoil laa ko ngah..
adeq aku nih plan nak wt sarung for my lappy.. okey.. aku on jela..
haihh.. layan jela adq aku sorang nihh..
adeq aku nihh memang pandai la jahit menjahit..
*ko angah lau baca entri nih..muka tu elok sikit ekk..hehe
k sambung balik..
adq aku yang potong kain.. pastu jahit la guna mesin..
aku nih bukannya reti jahit guna mesin un..
aku nih bukannya reti jahit guna mesin un..
senget benget jadinya.. so adq aku buli aku.. dia suruh aku jahit kat paper dulu..
huh!! okey fine.. yela student kan.. kene la dengar cakap sifu.
haa.. sebelum jahit kat paper tuh dah jahit dah kat kain.. 1 jarum patah.. alamaakkk.. y 1st..
muka time tu cuak tak cuak gak lah.. lek laa.. baru 1st.. xpe2..
sambung balik.. pastu aku jahit kt kain pulak.. sedang aku asyik menjahit.. tiba2.. ptakkkk..
alammakkk.. jarum ke2 sudah patahh.. camne nihh..
nih yang aku malas nak jahit guna mesn nihh.. arghh..
angah cakap takpe2.. ada ag.. okeyh ada ag.. takpe.. last jarumm..
bukan main berhati2 ag aku jahit tetiba.. aku nak pusing roda mesin jahit tu.. ptakkkk..
aku ingat kan bunyi jekk upanya.. patah gakk aiyoo.. "cmne nihh ngahh???!!"
3jarum patah di tangan aku + 1jarum di tangan angah.. = 4jarum yang patah dikerjakan oleh kami..
so.. nak ke taknak kene gak beli jarum2 tuh.. sebelum my castelo (abah kitorang) dapat tahu.. hehe..
p/s : kalau ada jarum yang patah
jangan di simpan dlm peti..
kalau ada silap & salah
jangan di simpan dlm hati..
Friday, November 25, 2011
bantal & peribadi ??
actually aku ada terbaca artikal nih kat mana tah.. pasal bantal & peribadi.. kita selalu tengokkan yang budak2 kecik ada bantal bucukk.. even yang da tua pun ada gak include me.. haha.. tapi yang nih bukan pasal bantal bucukk tuh.. yang nih pasal kita gunakan batal tuh macam mana..
so jom kita tengok rahsia2 disebalik habit kita tu..
jeng..jeng..jeng..:
- peluk bantal
- Tidur Dengan Satu Bantal
- Gunakan Banyak Bantal
- Letakkan Bantal Di Bawah Kaki
the end.
itulah rahsia korang dan bantal di sisi korang. Keserasian korang dan bantal sebenarnya mungkin tidaklah menggambarkan peribadi seperti yang ditulis di atas kerana mungkin juga korang hanyalah seorang yang tidak memandang berat tentang bantal. Asal ada bantal yang selesa untuk digunakan semasa tidur sudah mencukupi. Ataupun perwatakan yang diceritakan kat atas tu betul? Korang saja yang tahu…haha..
not in mood
Thursday, November 24, 2011
.....
Wednesday, November 23, 2011
! memories ?
perasaan ini...
sering menghalang aku untuk melangkah jauh...
jauh meninggalkan kenangan...
kenangan yang sering menyiksakan diriku...
tak ku sedari rupanya...
duri itu menyucuk semakin dalam...
sedalam kenangan-kenangan semalam...
yang sebenarnya mahu menyedarkan aku...
menyedarkan tentang hakikat kebenaran...
penting untuk aku memulakan hidup ku yang baru...
supaya aku tak di kejar bayangan silam...
jangan mengejar bayang...
yang bakal hilang di tempat gelap....
jangan sampai di sentak...
baru nak mengalah...
segalanya punya kunci...
yang penting ia bermula dari hati...
tanya diri sendiri...
sama ada di ubah atau mengubah...
di kejar atau mengejar...
di sakit atau menyakiti...
semoga segala yang kita lalui...
p/s: 'kenangan' always be 'kenangan' -aku berjiwa pulak malam nih-
kelantan banjir??
Alamak.. !!
kelantan dah banjir..
daerah yang terlibat kota bharu dengan pasir puteh..
dua-dua kampung aku..
nenek dengan atok aku camne??
kesian dorang..
hmm.. dah agak dah..
mesti banjir besarnya..
tengok jela banjir kat thailand tuh..
kekuasaan Allah..
kalau itu yang Allah nak..
kita redha jela..
so, untuk sape2 yang ada kat area kelantan, terengganu..
ataupun area2 yang terlibat dengan banjir..
jangan main air banjir..
takut apa2 jadi kang susah..
beware k..
p/s: sg. golok di jenob & sg. golok di ranatu panjang berada pada paras amaran.. hati2 ya..
Tuesday, November 22, 2011
aku bahagia
21/11/2011
harimau muda telah membaham garuda..
aku bahagia..
tak sia2 aku jerit macam nak pecah tekak nih..haha..
gomo malaysia gomo..
peteh malaysia peteh..
hobin malaysia hobin..
kejor malaysia kejor..
pulun malaysia pulun..
go malaysia go..
yeahh malaysia bolehh..!!
malam tadi penuh umah aku dengan suara2 nyaring.. tapi sangat best saat tuhh..
game tadi memang best.. dua2 pasukan hebat..
tapi tabik la kat skuad negara sebab terus berjuang even kene bOo..
kesian dorang..
harimau muda sangat power.. you guys are just beyond amazing!!
we prove to be malaysian..
-muka bahagia aku- |
p/s : time jerit2 tuh.. hilang semua masalah aku kejap..haha
Subscribe to:
Posts (Atom)