manusia menikmati hidup dengan cara yang berbeza..
dan aku menikmati hidupku dengan menyayangimu..
aku menikmati setiap detik yang kuhabiskan untuk menunggumu..
aku menikmati setiap kata yang aku tulis hanya untukmu..
aku menikmati setiap nada yang tercipta kerana kerinduanku padamu..
aku akan sentiasa dengan senyumanku ketika menyambutmu pulang dari hari-harimu yang melelahkan...
walau saat itu mungkin saja aku sedang berdiri diatas duri yang tajam sekalipun..
kerana bagiku menyayangimu adalah caraku menikmati hidupku..
aku akan sentiasa menghangatkanmu ketika dingin menyerangmu..
walau saat itu bisa saja aku sedang menggigil dalam kedinginanku..
kerana aku takkan lelah, aku senang menyayangimu walaupun dalam rasa sakit sekalipun..
aku akan lakukan apapun untukmu..
untuk selalu membahagiakanmu sepanjang waktu yang diberikan tuhan padaku..
takkan kusia-siakan waktuku, tiap detiknya akan kugunakan untuk menyayangimu..
tak ada rasa lelah, tak ada rasa jenuh, tak ada rasa sakit..
semua kerana aku hanyalah untukmu..
No comments:
Post a Comment