-->
IKA AMIN

....................__✿ Keep moving forward though slowly because the steady moves you to create progress ✿__....................

Tuesday, December 20, 2011

kemuliaan seorang wanita lebih rendah dari babi??


nape tajuk entri aku hari nih?? ada ke samakan taraf wanita dengan babi.. tak patut betul.. erm.. aku ada copy from somewhere.. =) so lets read. hope we can get something from this entry.. sharing is caring kan..?? hehe


Babyduck : Sir, mengapa Islam meletakkan taraf kemuliaan seorang wanita lebih rendah dari babi?

Pensyarah, tersenyum. Ditatap wajah pelajarnya itu.

Sir : Siapa bagitau awak begitu?

Babyduck : Paderi di gereja yg beritahu. seorang lelaki muslim yg ada air sembahyang, jika dia menyentuh seorang wanita, air sembahyangnya batal. Tetapi jika dia sentuh seekor babi, air sembahyangnya tak batal.

Sir : hehehehe

Pensyarah tersebut mengambil seketul ayam goreng dari pinggan yang terhidang. Lalu ayam goreng itu dicelup ke dalam cawan air berkarbonat Pepsi. Lalu ayam yang sudah dicelup air Pepsi itu diserahkan kepada pelajarnya.

Sir : Sila makan. Sedap ni taw hehehe

Babyduck : Sir! Apa ni?? Perangai macam budak-budak. Adik saya yang umur 5 tahun tu pun tak buat perangai macam ni!

Sir : Hehehehe

Pensyarah itu meletakkan semula ayam goreng ke dalam pinggan. Sambil tersenyum.

Sir : Islam meletakkan darjat seorang wanita lebih mulia dari seorang lelaki walaupun wanita tersebut bukan Islam. Sebab itu jika seorang lelaki yang ada air sembahyang menyentuh seorang wanita yang bukan ibunya atau saudara kandungnya, wudhuknya akan batal. Air sembahyang atau wudhuk adalah sesuatu yang suci. Wanita juga adalah sesuatu yang suci dan mulia. Islam meletakkan martabat seorang wanita lebih tinggi dari seorang lelaki walaupun wanita tersebut bukan Islam. Sebab itu, jika seorang lelaki menyentuh seorang wanita yang bukan ibu atau saudara kandungnya, tak kira apa jua bangsa dan agama, wudhuknya akan terbatal....... Islam menggariskan panduan pergaulan dan persentuhan antara lelaki dan wanita AGAR, perhubungan yang terjalin tidak rosak serta dapat mengekalkan kemanisan dan keindahan dalam perhubungan. Seperti juga Restoran ini menggariskan panduan pemakanan di restorannya. Panduan makanannya ialah ; Pepsi mesti diisi ke dalam cawan atau gelas dan terus diminum. Ayam goreng yang rangup sehingga menjilat jari dicecah dengan sos chili atau sos tomato, bukannya dicecah dengan air Pepsi baru dimakan. Jika kita ikut panduan pemakanan restoran, barulah kita dapat merasai nikmat pemakanan dan kelazatan makanan yang dimakan. Jika ayam goreng bersentuh atau dicecah dengan Pepsi, pastinya hilang kelazatan dan nikmat pemakanan. Kedua-dua ayam goreng dan air Pepsi adalah jenama besar di dunia sekarang. hehehehe ..... Begitu juga dalam Islam. Islam menggariskan panduan dan peraturan antara lelaki dan wanita yang halal dinikah, agar nikmat perhubungan dan keindahan dalam perhubungan dapat dirasai oleh individu tersebut. Islam menggariskan, lelaki haram menyentuh kulit seorang wanita yang halal untuk dinikahnya. Sebab Islam ingin menjaga kualiti lelaki dan wanita tu. Supaya wujud rasa nikmat dan keindahan yang berpanjangan dalam perhubungan. Cuba bayangkan, awak ada seorang boyfriend, mana-mana wanita yang dia jumpa, dia sentuh, dia pegang tangan, dia peluk, malah dicium. Apa perasaan awak ? Awak suka ?

Babyduck menggeleng-gelengkan kepala.

Sir : Begitu juga wanita-wanita lain. Sebab itu dalam Islam ada SOP, Standard Operation Procedure. SOP ini bersumberkan Al Quran dan Sunnah iaitu ajaran Nabi Muhammad SAW. Bagaimana hendak bergaul. Bagaimana hendak makan. Bagaimana hendak belajar. Bagaimana hendak musafir. Sehinggakan bagaimana hendak ke tandas pun diajar dalam Islam. Yang tidak ada dalam mana-mana agama, termasuklah Kristian.

Pensyarah berhenti membebel sebentar sambil meneguk air Pepsi ….

Sir : Dalam Islam baik lelaki mahu pun wanita, kedua-duanya ada maruah dan kemuliaan diri. Tetapi jika mereka melanggar batas panduan yang dibuat oleh Tuhan Yang Maha Pencipta iaitu ALLAH. Maka jadilah mereka seperti ayam goreng yang bersentuhan dengan air Pepsi. Ayam goreng orang tak lalu makan. Air Pepsi orang tak lalu minum.

Babyduck terkebil-kebil mendengar syarahan tak rasmi pensyarahnya di restoran makanan segera tersebut.

Sir : Satu lagi .. Saya sedih dengan paderi awak ?

Babyduck : Mengapa Sir sedih dengan paderi saya ?

Sir : Cam mana saya tak sedih. Dalam Islam, kami diajar, untuk mengukur kemuliaan diri, kita kena bandingkan diri kita dengan orang yang lebih mulia dari kita. Kalau saya seorang lelaki, jika saya hendak bandingkan kemuliaan saya, saya akan bandingkan diri saya dengan Nabi Muhammad SAW, para Sahabat Nabi seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali. Sebab mereka semua adalah mulia. Contoh termudah, jika awak ada kereta. Awak nak tahu kereta awak laju ke tak, awak akan berlumba dengan kereta BMW atau kereta Ferrari. Awak tak akan ukur kelajuan kereta awak , berlumba dengan kereta Kancil tahun 1995. Begitu juga dengan kemuliaan. Nak ukur sejauh mana kita mulia, kita kena ukur dengan orang yang lebih mulia. Tetapi, paderi yang mengajar awak agama Kristian, menjadikan seekor babi sebagai piawai perbandingan untuk mengukur kemuliaan. Sedihnya saya dengan paderi dan ajaran Kristian awak...


kotakhati: fikirkan benda positif.. setiap sesuatu yang Allah putuskan ada hikmah disebaliknya..

ツ hey.. thanks sebab sudi singgah.. jangan lupa tinggalkan jejak korang k.. ツ

Posted by ɪ̇kα at Tuesday, December 20, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

  1. AnonymousDecember 24, 2011 at 8:35 PM

    suka bace ini :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Newer Post Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)
My status :
i ♥ my family

i'm the bos here ツ

NURUL SYAFIKA. MOHD AMINUDIN
SELANGOR
27th DEC 1992
 00 orang yang suka merayap ツ

twett

my wishlist

jam polo
paris
iphone
nikon camera
Dean's award
car & motorcycle license

Blog Archive

  • ►  2013 (3)
    • August (2)
    • April (1)
  • ►  2012 (2)
    • June (2)
  • ▼  2011 (63)
    • December (14)
    • November (14)
    • October (5)
    • September (1)
    • August (6)
    • July (4)
    • June (13)
    • May (6)

♥ sayang kamu ♥

whenever.. wherever.. however.. & forever

My Blog List

  • c h e r i t e r a
    frequently asked questions about best gaming laptop under $1500
    2 years ago
  • Fatin Liyana
    Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast milk)
    6 years ago
  • Pwencess Yuyue Official Blogspot dot Com (NH)
    Majlis Akad Nikah Adik Ipar
    9 years ago
  • Aku Bukan Penyair,Tapi aku seorang Pencerita..
    Sambungan woodland resort..
    12 years ago
  • !!.SpeakerSekolah.!!

♥ membeR2 saya ♥

[close]
Daisypath Graduation tickers